Indonesia merancang untuk menganjurkan kejohanan bola sepak persahabatan Tri Nations Tournament semasa jendela perlawanan FIFA dibuka bermula dari 1 hingga 9 September 2025.
Menurut laporan TVOne News, Kejohanan Tri Nations Tournament ini dijadualkan melibatkan tiga pasukan kebangsaan iaitu Indonesia selaku tuan rumah, Malaysia, dan Lubnan.
Pasukan yang bertanding dalam Tri Nations Tournament
Advertisement
Ketiga-tiga pasukan ini mempunyai kedudukan FIFA yang hampir setara, memperlihatkan Lubnan berada di tangga ke-112, Indonesia ke-123, dan Malaysia ke-131. Kejohanan ini bertujuan sebagai peluang bagi pemanasan dan penilaian taktikal pasukan Indonesia menjelang perlawanan kompetitif yang lebih besar, termasuk aksi kelayakan Piala Dunia 2026.
Namun begitu, pelaksanaan kejohanan ini mungkin bergantung kepada prestasi pasukan Indonesia dalam baki perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026. Sekiranya Indonesia berjaya mara ke pusingan keempat kelayakan, jadual yang padat mungkin memerlukan PSSI menilai semula keutamaan antara perlawanan persahabatan dan juga kejohanan rasmi.
?? Indonesia is preparing to host the Tri Nations Tournament during the FIFA Day in September 2025, from September 1 to 9. The tournament will feature 3 teams:
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) April 30, 2025
?? Indonesia,
?? Lebanon
?? Malaysia#PSSI pic.twitter.com/iUMeSIBa7v
Bilakah tarikh kejohanan Tri Nations Tournament akan berlangsung?
Buat masa ini belum ada pengumuman rasmi mengenai lokasi perlawanan atau jadual penuh kejohanan Tri Nations Tournament tersebut. Walau bagaimanapun, kejohanan ini dijangka menjadi peluang terbaik bagi jurulatih Patrick Kluivert untuk menilai prestasi skuad dan menguji strategi baharu menjelang kempen antarabangsa yang lebih besar bagi skuad kebangsaan Indonesia.