Johor Darul Ta'zim (JDT) akan melayani kunjungan Selangor bagi Perlawanan Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri malam ini.
Pertembungan dua pasukan terbaik negara itu, bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah, akan menjadi aksi pembuka tirai Liga Super 2025-26.
Berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini, JDT jelas mendominasi pertembungan dua pasukan berkenaan tetapi masih ingatkah anda bila kali terakhir Selangor menewaskan JDT?
Kali terakhir Selangor menewaskan JDT ialah ketika meraih kemenangan 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium MP Selayang pada 5 Ogos 2017.
Ketika itu, Natxo Insa membuka jaringan buat pelawat pada minit ke-39 sebelum The Red Giants bangkit menerusi gol penyamaan Amri Yahyah pada minit ke-59 dan sentuhan kemenangan Andik Vermansah pada minit ke-77.
Menariknya, kemenangan itu hadir hanya berselang 18 hari selepas Selangor menewaskan JDT 3-2 di venue sama dalam saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia.
Selepas itu, Selangor melewati 19 perlawanan tanpa dapat menewaskan JDT dengan tiga daripadanya berakhir seri.
Mampukah Gergasi Merah menamatkan badi itu malam ini? Menarik untuk disaksikan.