Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Ikhsan buat beri kekalahan pertama buat Pan-gon

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

277001316_666659467740626_5580289989297837846_n.jpg
Penyerang muda Singapura, Ikhsan Fandi, memaksa Harimau Malaya meratapi kekalahan selepas dua gol yang berjaya dijaringkan membenarkan Singapura menundukkan Malaysia 2-1 dalam aksi persahabatan Siri Tiga Negara di Stadium Nasional, Singapura, sebentar tadi.

Pemain BG Pathum United itu meledak gol dalam kedua-dua separuh masa untuk menghadiahkan kekalahan pertama buat pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon, yang meraih kemenangan pertama ketika mengatasi Filipina 2-0.

Malaysia ketinggalan menerusi serangan pantas yang dilancarkan Singapura, lorongan Song Ui-young gagal dihalang pertahanan negara sebelum bola ditolak Ikhsan membenarkan tuan rumah mendahului 1-0 pada minit ke-29.

Malaysia berpeluang untuk menyamakan kedudukan selepas dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-46 namun percubaan Safawi sekadar terkena palang.

Liridon Krasniqi menghidupkan semangat Malaysia pada minit ke-56 apabila tenang mengikat kedudukan buat skuad negara.

Tidak terjejas dek kebangkitan Malaysia, Ikhsan sekali lagi menghasilkan gerakan bijak melepasi pertahanan negara sebelum melepaskan rembatan pada minit ke-75 menewaskan Farizal untuk memastikan 'Derbi Seberang Tambak' menjadi milik tuan rumah.

Selepas ini, skuad kebangsaan akan mengharungi aksi persahabatan terakhir secara tertutup berdepan kelab Liga Singapura, Albirex Niigata FC Singapore di Stadium Jalan Besar Isnin ini.

Advertisement

Must Watch Video