Ketua jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi, berkata pasukannya tidak menjangka mereka akan dibolosi seawal minit pertama ketika tewas 0-3 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam Perlawanan Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri malam tadi.
Dalam perlawanan itu, Jairo da Silva membuka jaringan awal tuan rumah pada ketika barisan pemain Selangor seakan-akan terkejut dengan tekanan awal yang diberikan Harimau Selatan.
Eddy Israfilov kemudian menanduk masuk bola daripada sepakan sudut untuk meletakkan JDT selesa mendahului 2-0 pada minit ke-64.
Kinoshi juga berasakan jaringan ketiga JDT menerusi Arif Aiman Hanapi juga sepatutnya dapat dielakkan barisan pemain Selangor, sekali gus perlu dijadikan pengajaran menjelang aksi kedua Liga Super menentang DPMM di Petaling Jaya pada Selasa ini.
"Ia bukan dalam perancangan kami," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, selepas perlawanan merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah berkenaan.
"Jaringan itu menjejaskan permainan kami. Gol pertama dan gol ketiga mereka sepatutnya boleh dielakkan.
"Sewaktu sepakan penjuru, mereka memang memiliki ketinggian dan kekuatan individu, jadi ia memang sukar tetapi gol pertama dan ketiga amat jelas boleh dielakkan.
"Kami perlu memperbaiki perkara ini tetapi saya amat berbangga dengan pemain saya. Kami tidak mengalah untuk mendapatkan gol sehingga ke akhir perlawanan."