Skip to main content

Bola Sepak

Hukuman FIFA: 'Nasihat saya tak perlu ke CAS, tiada alasan untuk merayu'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

am.jpg

Peguam sukan dan komersial, Nik Erman Nik Roseli, pula tampil memberikan pandangan lebih tegas dengan menyifatkan keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menggantung setiausaha agung sebelum ini sebagai 'wayang' berdasarkan daripada alasan bertulis yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Ini susulan badan induk bola sepak dunia itu yang berasa 'tidak terkesan' dengan penggantungan Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman, digantung daripada tugasannya serta-merta pada Oktober lalu.

Advertisement

"Mungkin nampak seperti wayang, penggantungan itu hanya untuk menunjukkan FAM telah lakukan sesuatu. Faktanya, FIFA telah mengatakan mereka terkejut dan kecewa dengan FAM.

"FAM masih tidak boleh nyatakan siapa yang bertanggungjawab. Daripada keterangan pemain, ia umpama 'saya tak tahu, saya lakukan urusan dengan ejen dan ejen yang berurusan dengan FAM'.

"Mereka gagal bagitahu siapa dalam FAM yang mereka lakukan komunikasi. Pemain juga maklumkan dalam keputusan bahawa FAM yang ambil pendekatan terhadap mereka dan ejen, jadi siapa ejen itu?" katanya.

Nik Erman turut menegaskan bahawa tindakan membawa kes ini ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) adalah tidak wajar, kerana hujah daripada badan induk bola sepak dunia itu jelas hanya akan menjejaskan kredibaliti FAM dengan lebih teruk.

"Daripada segi perundangan nasihat saya tak perlu merayu kerana tidak ada alasan untuk merayu.

"Tetapi untuk ramai yang berasa mahu berlawan sehingga habis boleh ke CAS. Tetapi pendapat profesional melihat kepada fakta maka tidak perlu kerana tiada alasan untuk ke CAS pun." tambahnya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.


Football

Sepak Padu Dengan Adidas

Ringan, power dan bergaya - kasut bola Adidas untuk semua.
Grab Sekarang

Must Watch Video