Skip to main content

Bola Sepak

Hughes lihat Butland lebih cemerlang berbanding Hart

12917jackbutland.jpg
Pengendali Stoke City, Mark Hughes, berpendapat Jack Butland berhak dipilih sebagai penjaga gol nombor satu England berbanding pilihan utama, Joe Hart.

Hart turun dalam kedua-dua aksi kelayakan Piala Dunia untuk skuad bimbingan Gareth Southgate pada awal bulan ini, membantu England meraih dua kemenangan dan selangkah hampir untuk ke Russia 2018.

Hughes percaya Butland, yang terpaksa diketepikan musim lalu kerana menjalani pembedahan buku lali, mempamerkan persembahan yang cemerlang dan jauh lebih baik daripada Hart.

"Saya tidak berbincang dengan sesiapa dalam skuad England mengenai perkara ini," kata Hughes.

"Terdapat beberapa penjaga gol yang boleh diketengahkan tetapi saya berpendapat Butland menonjolkan aksi yang lebih cemerlang dan seharusnya menjaga gawang England.

"Kami akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi kualiti dan prestasi Butland bagi menghadapi saingan musim ini, sekaligus dapat berkhidmat untuk The Three Lions."

Advertisement

Must Watch Video