EPL
Hojlund terus dikaitkan dengan Manchester United, Ten Hag intai penyerang baru
Manchester United berkeyakinan untuk mendapatkan seorang penyerang dalam masa terdekat dengan perbincangan untuk mendapatkan bintang Atalanta, Rasmus Hojlund, sedang rancak dijalankan, demikian dilaporkan agensi berita, PA.
The Red Devils menandatangani bekas perancang Chelsea, Mason Mount, dan penjaga gol Inter Milan, Andre Onana, musim panas ini dan mereka kelihatan sedang membina skuad ampuh di bawah bimbingan Erik ten Hag.
United jelas mahu memperkuatkan jentera serangan mereka menjelang musim ini, di mana pengurus itu berkata bahawa The Red Devils kini sedang mempersiapkan bahagian berkenaan.
Iklan
The Red Devils dikatakan telah membuat tawaran lisan melibatkan kesepakatan bernilai €50 juta (RM249.21 juta), yang kemudian meningkat kepada €60 juta (RM299.05 juta), bagi mendapatkan pemain kebangsaan Denmark itu.
Pemain berusia 20 tahun itu dilihat sebagai permata kasar yang mampu digilap Ten Hag, yang mengakui memerlukan penyerang baru selepas tewas 0-2 kepada Real Madrid dalam aksi persahabatan semalam.
Pasukan bimbingan pengurus Belanda itu gagal menjaringkan sebarang gol daripada 14 percubaan yang dilakukan di Stadium NRG, masalah penyudah tumpul sama yang dihadapi mereka sejak musim lalu.
— Manchester United (@ManUtd) July 27, 2023Ditanya adakah dia memerlukan jentera serangan baru berdasarkan perlawanan di Houston itu, Ten Hag berkata: "Sudah semestinya.
"Terdapat dua perkara -- tekanan yang diberikan perlu lebih baik sejak dari awal dan menjaringkan gol.
"Saya fikir kami memerlukan lebih ramai pemain yang mempunyai kemampuan ketika situasi satu lawan satu kerana kami memperoleh banyak situasi itu.
"Ia melibatkan (Marcus) Rashford, Scott McTominay dan (Alejandro) Garnacho. Daripada situasi itu anda perlu menjaringkan gol," katanya.
PA difahamkan United kini sedang berusaha untuk mendatangkan penyerang baru dalam jendela perpindahan ketika ini dan sebelum perlawnanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Wolves pada 14 Ogos ini.
Must-Watch Video