Gonzalo Higuain telah diberitahu oleh pengarah sukan, Leonardo, untuk menunjukkan tanggungjawab kepada AC Milan dan memutuskan masa depannya bersama kelab itu.
Higuain, yang dipinjamkan ke Rossoneri daripada juara Serie A, Juventus, hanya menjaringkan satu gol buat Milan sejak Oktober lalu.
Pemain kebangsaan Argentina itu telah dikaitkan dengan penghijrahan pada bulan ini, dengan Chelsea dilaporkan berminat mendapatkan khidmatnya.
Tawaran pertukaran melibatkan bekas penyerang Juve, Alvaro Morata, dengan pemain kebangsaan Sepanyol itu telah mula diketepikan di Stamford Bridge.
Leonardo berkata Higuain perlu memutuskan hasratnya untuk terus kekal di San Siro atau sebaliknya.
"Dia perlu membuat keputusan dan bersikap lebih bertanggungjawab," kata Leonardo.
"Buat masa ini, Higuain mengharungi saat yang sukar dan perlu kembali memperkemaskan persembahannya.
"Higuain masih lagi bersama Milan dan dia perlu mula melakukan sesuatu untuk pasukan.
"Satu jaringan mampu mengubah segala-galanya. Tetapi jika mahu kekal bersama Milan, dia perlu lebih bertanggungjawab."