'Derby' Seberang Tambak kembali!
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, mendedahkan anak buahnya bakal diuji Singapura dan Palestin sempena kalendar antarabangsa pada September depan.
Selepas hajat untuk menyertai Piala Negara-Negara CAFA terpaksa dilupakan, skuad kebangsaan bakal mengukur kemampuan pada 4 dan 8 September depan dengan harapan Stadium Nasional, Bukit Jalil menjadi saksi perjuangan mereka pada kali ini.
"September ini, kami ada dua perlawanan yang bagus iaitu perlawanan derby menentang Singapura dan perlawanan kedua menentang pasukan dalam (ranking) 100 teratas, Palestin," katanya.
Dua perlawanan itu akan menjadi medan persediaan untuk untuk dua pertemuan dengan Laos dalam kelayakan Kumpulan F, Piala Asia, Oktober kelak.
"Cabaran yang baik untuk kita dan yang baik, kem ini memberi kita peluang yang baik untuk kembali bersama, terus membina identiti kita sebagai pasukan bola sepak, terus membina cara kami bermain dan dua perlawanan yang baik yang kami bawa ke Malaysia untuk sekali lagi menghubungkan kami dengan rakyat selain peluang untuk membanggakan setiap rakyat Malaysia.
"Saya fikir kedua-dua perlawanan akan mencabar dan sukar dalam cara yang berbeza. Ini peluang yang baik untuk kami menguji kemampuan menghadapi pencabar seperti ini.
"Selain perlawanan derby, Palestin telah mengharungi kempen kelayakan Piala Dunia di Qatar yang sangat baik. Mereka adalah pasukan yang mantap dan kita juga tahu Singapura semakin meningkat. Terdapat cabaran tinggi, terdapat banyak sentimen.
"Apabila menentang Singapura, ia akan menjadi perlawanan yang penuh emosi, akan ada suasana di stadium, ia akan menjadi perlawanan yang bermakna dan cabaran yang baik untuk kami sekali lagi bermain bola sepak kami menentang lawan yang bagus yang kami hormati.
"Kami mahu memperagakan (identiti) bola sepak kami bagi membuat rakyat Malaysia teruja dan untuk menang, menjaringkan gol. Begitu juga Palestin. Satu perlawanan yang sangat beremosi, negara patriotik dan kami mahu mencabar diri sendiri.
"Dengan asas membina identiti sebagai sebuah pasukan, teruskan perkembangan selepas kemenangan 4-0 ke atas Vietnam," katanya lagi.

Harimau Malaya bakal di uji Singapura & Palestin sebelum bertemu Laos yg merupakan aksi ketiga Kelayakan Piala Asia 2027
— FinaNasrom (@fnasrom) July 23, 2025
Dua aksi persahabatan ini berlangsung dalam kalendar FIFA, Singapura pada 4 September dan Palestin pada 8 September di jangka berlangsung di SNBJ pic.twitter.com/7EfBEq2v2I