Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengenakan seragam jenama sukan antarabangsa, PUMA, dengan bermula hari ini.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan badan induk bola sepak kebangsaan itu tengha malam tadi: Kerjasama ini menandakan satu pencapaian penting untuk bola sepak Malaysia, dengan menggabungkan bersama dedikasi FAM terhadap sukan ini serta legasi inovasi dan kecemerlangan PUMA di dalam dan luar padang."
Kerjasama ini secara tidak langsung menamatkan perjanjian Harimau Malaya dengan penaja pakaian dan jersi rasmi skuad negara, Nike, selama 18 tahun yang bermula dari Januari 2007 hingga Disember 2024.
Dalam masa sama, FAM akan mengumumkan butiran lanjutnya dalam satu majlis yang akan diadakan kelak.
Antara pasukan yang menggunakan jersi pengelur gergasi dari Jerman itu ialah Republik Czech, Iceland, Switzerland, Ghana dan Mesir.
Shaiful Shamsudin
Wed Jan 01 2025