Sebaik sahaja Datuk K. Rajagobal meninggalkan skuad kebangsaan, amanat terakhir dari bekas pengendali itu belum mampu direalisasikan mana-mana penggantinya.
Lapan tahun berlalu dengan em[at penggantinya sudah menemui jalan buntu, Harimau Malaya masih di takuk yang sama malah gagal mengatasi pencapaian yang pernah dilakarnya menerusi Sukan SEA 2019 dan Piala AFF 2010.
Malah, cita-cita untuk melihat Malaysia layak ke Piala Asia itu secara secara merit bermula daripada hasrat bekas pengendali tersebut.
"Apabila kontrak saya tidak disambung, saya pernah cakap 'sesiapa sahaja yang membimbing skuad kebangsaan" perlu membawa pasukan ini ke tahap yang berbeza, lebih baik daripada sebelum ini.
"Barulah kita boleh nampak peningkatan dan perbezaan.
"Mungkin inilah yang mahu dilihat oleh seluruh penyokong bola sepak Malaysia. Mereka terlalu emosi, meletakkan harapan tinggi dan bersemangat," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
Kini tumpuan buat Kim Pan-gon sama ada mampukah atau tidak dia menyahut cabaran dari rakan sekelasnya dalam lesen A itu.
Malah, kedua-duanya pernah berentap sebagai jurulatih dalam pertemuan pasukan negara dengan Hong Kong di Shah Alam pada 2012.
"Kalau Kim datang dengan maklumat situasi bola sepak Malaysia, ini sudah cukup baik untuknya.
"Kami sebenarnya saling mengenali kerana mengikuti kursus latihan pro kejurulatihan bersama-sama. Ketika itu modul pertama hingga ketiga diadakan di Korea Selatan.
"Selepas kemenangan 3-0 di Hong Kong, kami mengadakan perlawanan timbal balik yang berkesudahan 1-1 dan saya mendapati Pan-gon telah dilantik sebagai jurulatih," katanya lagi.