Skip to main content

Bola Sepak

Harimau Malaya bakal lonjak ranking ke-120 dunia jika atasi Palestin

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

harimau.jpg
Skuad kebangsaan berpotensi untuk mendaki sebanyak lima anak tangga daripada kedudukan ke-125 dunia ketika ini kepada ranking ke-120 dunia sekiranya menewaskan Palestin malam ini.

Kejayaan skuad kendalian Peter Cklamovski menewaskan Singapura membantu mereka mengumpul 3.68 mata untuk meletakkan Malaysia di tangga ke-122 berdasarkan kedudukan dan kiraan semasa tidak rasmi.

Malah, sekiranya mencipta satu lagi kemenangan dalam perlawanan persahabatan Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim malam ini membolehkan mereka menambah koleksi mata sebanyak 5.89 mata dalam carta kedudukan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).


 


Skuad negara mampu meraih 1.148.23 mata secara keseluruhan untuk berada di ranking ke-120 dunia jika menang dalam kedua-dua perlawanan persahabatan itu.





 
Harimau Malaya

Lebih Dari Sekadar Jersi

Setiap helaian jersi Harimau Malaya membawa makna penyatuan penyokong dari seluruh negara.


Tambah Ke Koleksi

Advertisement

Must Watch Video