Skip to main content

Bola Sepak

Hari yang besar akhirnya tiba -- Mbappe ucap tahniah buat PSG

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mbpapee.jpg
Penyerang Real Madrid, Kylian Mbappe, mengucapkan tahniah buat bekas pasukannya iaitu Paris Saint-Germain (PSG) selepas dinobatkan selaku juara Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sejak sekian lama.

PSG menamatkan penantian mereka untuk merangkul trofi terulung dalam bola sepak di Eropah itu, dengan skuad kendalian Luis Enrique itu menewaskan Inter Milan 5-0 dalam perlawanan akhir.

Desire Doue menjaringkan dua gol manakala Achraf Hakimi, Khvicha Kvratskhelia dan Senny Mayulu masing-masing meledak satu gol buat PSG.


 

Menerusi laman media sosialnya, dia berkongsikan: "Hari yang besar akhirnya tiba. Kemenangan, dengan cara kelab. Tahniah PSG." katanya.

Untuk rekod, Mbappe telah memenangi enam kejuaraan liga bersama PSG dan kekal sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman buat kelab itu dengan 256 gol antara 2017 hingga 2024.
 

 

Advertisement

Must Watch Video