Skip to main content

Bola Sepak

Harga Mbappe ikut pasaran semasa -- Raul

kylianmbappe-cropped_1cf1as0gu2zvkzvgvauzi6diw.jpg
Sasaran Real Madrid, Kylian Mbappe, mungkin bernilai GBP160 juta (RM899 juta) jika itu nilai yang diletakkan pasaran semasa, kata pemain legenda Los Blancos, Raul.

Mbappe merupakan antara pemain yang paling mendapat perhatian dalam bola sepak Eropah selepas membawa Monaco menjuarai Ligue 1 dalam mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, musim lalu.

Timbul laporan di Sepanyol mengatakan Madrid semakin hampir melengkapkan perpindahan penyerang Perancis itu dengan Manchester City turut dikhabarkan berminat.

Raul -- yang menjadi pemegang rekod penjaring terbanyak sebelum diatasi Cristiano Ronaldo -- tidak pasti sama ada perjanjian itu akan berlaku tetapi menegaskan apa sahaja mampu berlaku selagi jendela perpindahan masih dibuka.

Bercakap kepada Marca, bekas penyerang Sepanyol itu berkata: "Pasaran semasa yang akan menentukan harga pemain itu. Perlu ada persetujuan daripada beberapa pihak sebelum perkara itu dapat dimuktamadkan.

"Real Madrid memiliki skuad yang hebat tetapi jelas selagi belum mencapai tarikh 31 Ogos, apa sahaja boleh berlaku. Buat masa ini, mereka perlu memberi fokus kepada pemain sedia ada."

Meskipun masih belum mendapat Mbappe, Madrid tetap membenarkan Alvaro Morata menyertai Chelsea.

Bagaimanapun, Raul tidak percaya Zinedine Zidane terdesak dalam mencari pemain penyerang.

"Morata seorang pemain yang penting tetapi dia kini bersama Chelsea," tambahnya.

"Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku tetapi saya rasa kami telah pun memiliki pemain penyerang yang mampu menyumbang gol yang banyak."

Advertisement

Must Watch Video