BOLA SEPAK MSIA
Harap PDRM terus usaha cari dalang -- Hannah Yeoh
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berharap agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus berusaha mencari dalang pelaku kes simbahan asid ke atas bintang Selangor dan Harimau Malaya, Faisal Halim, pada Mei tahun lalu.
Hannah yakin PDRM tidak akan pernah berhenti menyiasat kes berkenaan, sebaliknya mencari jalan bagi memastikan keadilan ke atas pemain yang mesra disapa Mickey itu dapat ditegakkan.
Terdahulu, Tetuan Mohd Ashraf, Nik Zarif & Co, yang mewakili Faisal, memaklumkan bahawa kes tersebut telah diklasifikasikan sebagai 'tiada tindakan lanjut' (NFA) berikutan tiada petunjuk baru yang boleh mengaitkan mana-mana individu sebagai suspek.
Iklan
"Apa yang telah berlaku kepada Faisal Halim merupakan satu jenayah berat," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.
"Ia sangat serius, beliau merupakan aset negara, pemain pasukan kebangsaan.
"Jadi, saya berharap siasatan pihak polis tidak terhenti seperti itu.
"Saya ada terbaca kenyataan polis, mereka kata NFA tidak bermaksud siasatan dihentikan.
"Jadi saya lega siasatan masih diteruskan dan saya harap mereka akan mengerahkan lebih banyak tenaga untuk mencari pihak yang bertanggungjawab."
Must-Watch Video