Skip to main content

Bola Sepak

Hanya masa akan tentukan -- penyerang JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jairo.jpg
Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Jairo da Silva, mengakui tidak bernasib baik untuk mencetak nama selaku penjaring meskipun meraih beberapa peluang terhidang sepanjang 90 minit aksi ACC Shopee Cup menentang Lion City Sailors di Iskandar Puteri semalam. 

Pemain kelahiran Brazil berusia 33 tahun itu percaya hanya masa akan membuktikan kemampuan serta kredibilitinya selaku penyerang juara bertahan Liga Super itu.

Jairo turut menegaskan bahawa dia akan sentiasa memberikan yang terbaik setiap kali di pertanggungjawabkan untuk mengetuai jentera serangan Harimau Selatan.

Setakat ini, dia telah mencetak satu gol bersama juara Liga Super 11 kali itu ketika Perlawanan Sumbangsih bertemu Selangor pada 8 ogos lalu.

"Sudah pasti saya tidak bernasib baik tidak dapat menjaringkan gol tetapi apa yang penting, saya dapat membantu pasukan saya dalam apa cara sekali pun," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Jaringan akan tiba pada masanya dan saya cukup berpengalaman untuk tidak membiarkan saya rasa berputus asa dengan peluang yang dipersiakan itu.

"Ia sesuatu yang normal untuk pemain memerlukan masa menyesuaikan diri apabila tiba sebagai pemain baru.

"Jaringan akan tiba dan saya tidak risau mengenainya. Saya akan terus berusaha untuk merealisasikannya."
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video