Skip to main content

Bola Sepak

Hanya lima perlawanan EPL hujung minggu ini

premier-league-matchball.jpg
Hanya lima perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) akan berjalan hujung minggu ini selepas lima perlawanan lain terpaksa ditunda berikutan penularan koronavirus.

Terdahulu, liga itu mengesahkan bahawa Manchester United tidak dapat beraksi menentang Brighton and Hove Albion kerana tidak cukup pemain untuk dinamakan dalam skuad mereka.

Terbaru, empat lagi perlawanan disahkan turut ditunda melibatkan aksi Southampton lawan Brentford, Watford lawan Crystal Palace, West Ham lawan Norwich City dan Everton lawan Leicester City.

Walaupun terdapat gesaan untuk saingan musim ini ditunda, Premier League berkata: "Kesemua perlawanan lain yang dijadualkan pada hujung minggu ini akan berjalan seperti yang dirancang."

Brentford dan Watford kedua-duanya terpaksa menutup pusat latihan mereka dengan The Hornets juga tidak cukup pemain untuk bertemu Palace

Norwich juga tidak dapat menyediakan satu pasukan lengkap disebabkan masalah kecederan, pemain tidak sihat dan jangkitan COVID-19.

Leicester juga telah menutup pusat latihan mereka selama 48 jam bagi mengurangkan risiko jangkitan dalam skuad mereka.
 

Advertisement

Must Watch Video