Skip to main content

Bola Sepak

Hantaran Liridon bikin TMJ 'geram'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

liridon-instagram.jpg
Tindakan pemain pinjaman Johor Darul Ta'zim (JDT), Liridon Krasniqi, yang meluahkan sokongan kepada pasukan barunya, Terengganu FC (TFC), sempena aksi Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Iskandar Puteri malam tadi mengundang padah.

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga pemilik JDT, seakan-akan bengang dengan hantaran Liridon di laman sosialnya.

Pemain berusia 31 tahun itu memuat naik hantaran ucapan selamat maju jaya itu sebelum pertembungan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.

"Selamat maju jaya rakan sepasukan. Sayangnya, saya tidak dapat bersama dalam aksi kali ini. Jangan putus asa, kita mampu melakukannya," tulis Liridon.

Bagaimanapun, catatan itu menerima reaksi segera Tunku Ismail yang mengesyorkan rakan sepasukan baru Liridon membayar gajinya.

"Beritahu rakan sepasukan kamu untuk bayar gaji kamu," balas Tunku Ismail.

Hantaran tersebut, bagaimanapun, telah dipadamkam oleh Tunku Ismail termasuk Liridon.

Pemain naturalisasi berkenaan tidak dapat diturunkan susulan syarat pinjaman yang dipersetujui kedua-dua pasukan.

Berdasarkan syarat itu, pemain JDT yang berstatus pinjaman tidak boleh beraksi menentang skuad Harimau Selatan.

Dalam aksi pembuka tirai Liga Malaysia itu, JDT memenangi piala berkenaan setelah mengalahkan TFC 2-0.

Kredit: Sinar Harian
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video