LIGA SUPER MSIA
Hadiah hari jadi terbaik buat ketua jurulatih JDT
Johor Darul Ta'zim (JDT) telah menghadiahkan satu permainan yang hampir sempurna buat pengendalinya, Hector Bidoglio.
Ketua jurulatih dari Venezuela itu menyambut hari jadinya yang ke-57 hari ini dengan kemenangan 4-0 ke atas PDRM di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sebentar tadi.
Justeru, kemenangan yang menyaksikan mereka menghampiri kejuaraan ke-11 berturut-turut Liga Super itu memberikannya satu kepuasan tersendiri.
Iklan
"Pasukan beraksi dengan cukup bagus.
"Kami bersabar pada detik yang tepat.
"Kami bermain sebagai sepasukan, tidak penting bagi saya siapa yang jaringkan gol, yang penting siapa yang berikan 100 peratus.
Kemenangan yang istimewa buat Hector Bidoglio sempena ulang tahun kelahiran ke-57 hari ini. JDT hanya perlu 1 lagi kemenangan untuk mengesahkan kejuaraan Liga Super ke-11. Happy Birthday coach! 🎂@ASTROARENA pic.twitter.com/g304HWoqnx— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) February 5, 2025
"Apabila pihak lawan bermain secara bertahan dan tidak banyak bergerak, selalunya sukar tetapi hantaran kami amat tepat dan baik untuk mencipta banyak peluang jaringan," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.
Dalam masa sama, pengendali dari Venezuela itu tidak bimbang dengan situasi kecederaan
pemain import, Jorge Obregon.
Sebaliknya memilih untuk fokus kepada cabaran dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) AFC bertemu Central Coast Mariners dan Pohang Steelers.
"Dua perlawanan seterusnya sangat penting bagi kami dan kami memerlukan pemain di tahap yang terbaik.
"Saya gemar membuat rombakan sebab mereka berlatih dengan baik. Saya gembira mempunyai skuad yang sangat baik dan berkualiti," katanya lagi.
Must-Watch Video