Skip to main content

Bola Sepak

Hadi Fayyadh tekad lebih tajam bersama PDRM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hadi-fayyahd.jpg
Penyerang PDRM FC, Hadi Fayyadh Abdul Razak, mahu mengekalkan momentum jaringannya selepas membuka akaun gol dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Menurut pemain yang dipinjam daripada Perak FC itu, dia mahu berusaha meledak lebih banyak gol, sekali gus membantu PDRM FC meraih keputusan positif.

"Syukur Alhamdulillah. Saya nak ucapkan terima kasih kepada jurulatih, keluarga dan penyokong yang sentiasa mendoakan saya. Ini (kejayaan menjaringkan gol) satu benda positif.

"Saya harap akan terus kekalkan momentum untuk jaringkan lebih banyak gol dalam perlawanan akan datang. Jadi, saya kena usaha lebih gigih.

"Ini belum cukup dan saya harap dalam perlawanan akan datang, saya dan pasukan akan beraksi lebih baik," katanya.

Hadi Fayyadh meledak gol dalam aksi pusingan 16 pertama Piala Malaysia ketika PDRM FC tewas 1-4 kepada Selangor FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada Khamis lalu.

Pemain berusia 22 tahun itu, yang pernah berkelana selama tiga musim dalam Liga Jepun sejak 2019 bersama Fagiano Okayama dan Azul Claro Numazu, memilih untuk kembali ke saingan Liga-M selepas disambar Perak FC.

Namun, dia gagal menampilkan persembahan yang diharapkan oleh The Bos Gaurus dan pasukan itu meminjamkannya kepada PDRM FC sehingga penghujung musim ini.

Kredit: Sinar Harian

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video