Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, bersimpati dengan Thierry Henry selepas dia digantung tugas dan kemudian dipecat oleh Monaco.
Semalam, kelab Ligue 1 itu mengumumkan bahawa Henry akan dilucutkan jawatan sebagai pengurus selepas tiga bulan ditugaskan.
Franck Passi mengemudi sesi latihan semalam dengan pemecatan Henry dilaporkan telah disahkan manakala Leonardo Jardim dijangka dilantik semula untuk menggantikannya.
Reputasi Henry, bekas penyerang Perancis dan Arsenal, terjejas berikutan Monaco tersingkir daripada Coupe de France oleh kelab divisyen dua, Metz, dengan jurang satu mata di tangga tercorot Ligue 1.
Bagaimanapun, pengurus City, Guardiola, tidak bersetuju dengan tindakan Monaco yang menggantung Henry yang pernah beraksi di bawahnya ketika di Barcelona.
"Saya tidak faham tetapi ia bukan urusan saya," kata Guardiola kepada wartawan. "Bukan saya yang membuat keputusan.
"Saya bersimpati dengannya kerana saya cukup mengenalinya dan dia seorang yang luar biasa.
"Inilah bola sepak tetapi ia bukan urusan saya."
Penggantungan Henry menyusul beberapa jam selepas pengurus Monaco itu mengadakan sidang media luar biasa menjelang aksi Ligue 1 menentang Dijon awal pagi esok apabila mengesahkan kepada pemberita bahawa sebilangan pemain telah dihalau keluar daripada sesi latihan pasukan utama.
"Tidak ramai pemain yang menjalani latihan semalam (kelmarin), kita akan lihat mengenainya hari ini," kata Henry. "Adalah penting untuk melihat reaksi kami di Dijon. Kami berada dalam situasi kritikal -- malangnya, keadaannya tidak berubah.
"Kami mengambil tindakan tegas. Pada satu ketika, anda memerlukan pemain yang ingin menyelamatkan kelab dan tidak hanya memikirkan soal mereka sendiri. Kami mahu menyelesaikannya. Kami akan berperang."
Henry hilang sabar dalam kekalahan 1-5 di Strasbourg awal bulan ini apabila reaksinya meluahkan kata-kata kesat kepada pertahanan lawan, Kenny Lala, dihidu di televisyen.