Skip to main content

Bola Sepak

Guardiola perjelas kesukaran Foden bebas kecederaan

phil-foden-manchester-city-brighton-premier-league.jpg
Pep Guardiola telah menjelaskan bagaimana Phil Foden mendapati sukar untuk bebas daripada kecederaan buku lali kerana jadual Manchester City yang padat.

Permulaan musim Foden ditunda selepas dia kembali daripada Euro 2020 bersama England, tetapi pemain tengah itu telah menghasilkan tiga gol dan satu assist dalam empat permulaan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL). 

Bagaimanapun, kecederaan buku lali telah mengganggu momentumnya. Walaupun Foden menambah satu lagi bantuan jaringan ketika menentang Watford kali terakhir dalam saingan liga, dia telah beraksi selama 688 minit -- menduduki tempat ke-12 dalam kalangan pemain City.

Selepas perlawanan Watford, pemain berusia 21 tahun itu hanya bertahan selama 45 minit menentang RB Leipzig dalam Liga Juara-Juara sebelum dia digantikan sebagai langkah berjaga-jaga.

Foden ditetapkan untuk dinilai semula semalam selepas Guardiola berdepan dengan media untuk mengakui tiada peluang untuk berehat, dengan City pada pertengahan Disember yang akan menyaksikan mereka bermain lapan kali kesemuanya.

“Apabila anda mengalami kecederaan di buku lali dan dua bulan bercuti, anda akan pulih dengan sangat baik – tetapi apabila anda mempunyai setiap tiga hari perlawanan, anda akan mengalami kecederaan,” kata Guardiola.

"Dia masih mempunyai masalah kecederaan dan perlu menjalani proses rawatan. Tetapi setiap masa, dia bertambah baik.

"Saya tidak fikir [dia mahu berehat]. Dia akan menentukan dan menyatakan perasaannya selepas perlawanan. Pada masa ini, pada bulan Disember, dengan jumlah perlawanan ini, dan mengetahui Phil, dia akan mahu berjuang bersama pasukan.

"Jadi kita akan lihat bagaimana keadaannya. Kami akan lihat perlawanan demi perlawanan."
 

Advertisement

Must Watch Video