GIRONA 1 ATLETICO MADRID 1
Antoine Griezmann meneruskan rekod jaringannya ketika Atletico Madrid terikat 1-1 dengan Girona dalam aksi pertama pusingan 16, Copa del Rey di Stadium Municipal de Montilivi, awal pagi tadi.
Skuad kendalian Diego Simeone itu belum pernah menewaskan Girona sejak lawan itu dinaikkan ke LaLiga pada 2017.
Bagaimanapun, pelawat berpeluang menamatkan badi itu selepas Griezmann meledak masuk gol pendahuluan pada minit kesembilan.
Jaringan itu merupakan yang ketujuh daripada lapan perlawanan terakhir penyerang kelahiran Perancis itu.
Namun, tuan rumah kembali mengikat kedudukan 25 minit selepas itu apabila Anthony Lozano menjaringkan gol keduanya sepanjang musim ini.
Simeone berpeluang cerah membawa Atletico ke suku akhir berdasarkan rekod tujuh perlawanan tanpa kalah di laman sendiri musim ini, namun Girona juga masih memiliki peluang andai mengekalkan semangat juang sama dalam aksi kedua di Wanda Metropolitano, minggu depan.
Permulaan baik dipaparkan Atletico apabila Griezmann memanfaatkan hantaran Nikola Kalinic untuk menewaskan Gorka Iraizoz.
Girona kemudian bangkit memberikan ancaman ketika hantaran bijak yang dilakukan Aleix Garcia berjaya disambar Lozano, namun rembatannya berjaya ditumbuk keluar Antonio Adan.
Lozano, bagaimanapun, menebus kesilapan itu dengan menanduk kencang jaringan penyamaan bagi mengikat kedudukan sebelum ke bilik persalinan.
Kalinic turut terlepas dua perluang berharga sebaik babak kedua bersambung.
Dia menanduk tepat ke dakapan Irairoz sebelum rembatan kencangnya turut tersasar.
Seydou Doumbia pula gugup di depan gawang dengan percubaannya dari jarak enam ela gagal membuahkan hasil buat Girona.
Keputusan seri itu bermakna aksi di Madrid, Khamis depan bakal menjadi penentu buat kedua-dua pasukan untuk ke suku akhir.