Diego Simeone mendedahkan bahawa kapten Atletico Madrid, Diego Godin, boleh meninggalkan pasukan sebagai ejen bebas tetapi menafikan pihak kelab tidak berusaha untuk mengekalkan pertahanan itu.
Media melaporkan bek Uruguay itu akan berhijrah ke Inter Milan apabila kontraknya tamat Jun depan tetapi Simeone tampil menjelaskan mengenai masa depan Godin ketika sidang media menjelang pertemuan LaLiga berdepan Sevilla malam ini.
Simeone berkata pihak kelab sedang mencari penyelesaian kepada situasi itu tetapi tidak menolak kemungkinan Godin akan berpindah.
"Atletico dan Godin sedang mencari jalan terbaik untuk kedua-dua pihak," kata Simeone.
"Kedua-duanya tahu apa yang saya fikirkan tentang perkara ini.
"Jika dia kekal, ia boleh berlaku kerana situasi itu terbaik buat dia dan kelab."
Menjelang pertemuan dengan Sevilla, Simeone memuji pengendali lawan, Pablo Machin, yang mengubah nasib pasukannya selepas melalui permulaan sukar musim ini.
Sevilla tewas dalam dua daripada empat perlawanan pertama musim ini tetapi bekas pengurus Girona, Machin, yang dilantik selaku pengendali di Ramon Sanchez Pizjuan, Mei lalu, telah mengemudi pasukan itu mara ke tangga ketiga LaLiga dan kini ketinggalan dua mata di belakang pasukan tangga kedua, Atletico.
"Sevilla mampu memberi tekanan di atas padang dan mereka sentiasa berbahaya," tambah Simeone.
"Hasil kerja Machin di Girona sangat hebat. Ketibaannya di Sevilla adalah satu cabaran besar kerana anda sentiasa memerlukan masa untuk mendapatkan sentuhan.
"Namun, dia sentiasa tahu bagaimana untuk meningkatkan pemain dan kini Sevilla bermain seperti bekas pasukan bimbingan Machin," katanya.