Olivier Giroud menikmati persaingan sihat dengan Zlatan Ibrahimovic sambil menganggap rakan sepasukannya di Milan itu mendorongnya untuk menjadi pemain yang lebih baik.
Ibrahimovic telah memberi impak besar dalam penggal keduanya bersama Milan sejak kembali ke kelab itu pada Januari 2020 dengan menjaringkan 36 gol dalam 66 penampilan.
Ia termasuklah 33 gol dalam 52 perlawanan Serie A yang merupakan pemain kelapan terbanyak dalam divisyen sepanjang tempoh itu.
Kelibat bekas kapten Sweden itu mungkin terhad kepada 12 permulaan musim ini, tetapi dia sekali lagi membuktikan nilainya dengan mengumpul lapan gol.
Dengan jaringannya ke atas Udinese pada bulan lalu, Ibrahimovic sebaris dengan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo untuk melakar 300 gol liga dalam lima divisyen teratas Eropah.
Di celah-celah laporan di Itali bahawa Milan bersedia untuk menawarkan lanjutan kontrak kepadanya sehingga akhir musim depan, Giroud seronok berpeluang untuk belajar daripada pemain berusia 40 tahun itu.
"Bermain dengannya adalah sesuatu yang saya lihat sebagai satu cabaran, sesuatu yang mendorong saya setiap hari," kata penggempur Perancis itu kepada saluran YouTube Colinterview - Oh My Goal.
“Ia adalah satu peluang menarik untuk memilikinya sebagai gandingan untuk mempelajari sesuatu.
“Dia adalah contoh buat ramai penyerang dan ketika saya masih muda, saya meminatinya. Baik di atas padang berhubung perwatakannya yang kuat selain tuntutan tingginya setiap hari.
"Ia adalah satu persaingan yang sihat di antara kami."

Giroud telah memulakan kehidupan baru di San Siro sejurus meninggalkan Chelsea Julai lalu apabila menghasilkan enam gol dan satu bantuan jaringan dalam 20 penampilan pertamanya, 11 daripadanya dalam barisan utama.
Bekas penyerang The Blues itu, bagaimanapun, berdepan laluan berliku dalam permulaan kariernya dalam Serie A apabila dilanda kecederaan dan penyakit, namun sudah bersedia untuk menawarkan sumbangan yang lebih besar tatkala Milan menyasarkan kejayaan Scudetto.
"Saya berdepan beberapa masalah fizikal yang luar biasa. Saya dijangkiti COVID-19 pada September lalu selepas permulaan yang baik, kemudian saya mengalami kecederaan belakang," katanya.
"Saya terlalu memaksa diri dan tercedera sebaik bebas COVID-19. Saya berada dalam skuad untuk bertemu Liverpool, bermain lalu tercedera. Kesakitan itu berlarutan enam minggu dan saya tidak dapat beraksi buat seketika.
“Selepas itu, saya mengalami masalah buku lali dan tisu selama sebulan. Dalam masa sama, saya melakukan segala-galanya untuk kekal cergas, saya mengambil semua langkah pencegahan.
"Tetapi kini saya dalam keadaan yang sangat baik dan berkemungkinan untuk beraksi tanpa kesakitan. Ia adalah sesuatu yang perlu dinikmati apabila anda seorang pemain profesional, lebih-lebih lagi apabila anda berusia 35 tahun."