Skip to main content

Bola Sepak

Giroud belanja Ibrahimovic makan malam kalau sambung kontrak Milan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

giroud.jpg
Olivier Giroud berseloroh bahawa dia akan belanja Zlatan Ibrahimovic makan malam seandainya penyerang Sweden itu bersetuju memeterai kontrak baharu bersama juara Serie A, Milan.

Ibrahimovic yang bakal mencecah umur 41 tahun pada Oktober depan secara rasminya menjadi ejen percuma minggu lalu sebaik perjanjian sedia ada di San Siro berakhir. 

Di sebalik masalah usia dan kecergasan yang membataskannya hanya beraksi 12 kali musim lalu, pemain veteran itu dilaporkan telah ditawarkan kontrak setahun oleh Milan.

Hanya Rafael Leao dan Giroud (kedua-duanya 14 gol) telah menyumbangkan jaringan lebih tinggi berbanding Ibrahimovic yang meledak lapan gol musim lalu, lantas penyerang Perancis itu mengintai untuk meneruskan gandingan mereka. 

"Sebaik dia menandatangani kontrak baru, saya akan belanjanya makan malam," katanya kepada Tuttomercatoweb. 

“Kami mahu dia melanjutkan kontrak tetapi tanpa tekanan. 

"Dia masih dahagakan kejayaan dan kelibatnya mustahak di bilik persalinan. Saya banyak bercakap dengannya. Dia mempunyai keinginan yang sama untuk menang walaupun pada usia 40 tahun."





Jaringan Giroud itu membantu Milan meraih kejayaan pertama Scudetto dalam tempoh 11 tahun, iaitu musim pertamanya di kelab tersebut selepas meninggalkan Chelsea.

Ia merupakan trofi liga domestik kedua yang dimenangi oleh Giroud sementara sebelum ini pernah menjulang kemenangan Ligue 1 Montpellier pada 2011-12.

Milan menamatkan saingan dua mata di depan Inter sementara Juventus tercicir 16 mata di tempat keempat, tetapi pemenang Piala Dunia itu menjangka kedua-dua seteru berkenaan akan lebih mantap pada musim akan datang.

"Juve dan Inter adalah pesaing yang paling handal jadi ia akan menjadi pertarungan sengit di antara mereka dan kami," katanya. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video