Tonggak pertahanan import Kuala Lumpur (KL) City , Giancarlo Gallifuoco, sedia terus kekal bersama untuk tempoh yang lebih lama.
Dengan kontrak yang berbaki enam bulan lagi, pertahanan tengah mengesahkan pihak pengurusan skuad Warga Kota sudah memulakan perbincangan dengannya untuk menawarkan kontrak lanjutan.
"Semua orang tahu saya ini 'Sampai Mati Kuala Lumpur' sejak 2021.
"Saya mahu kekal. Kami sedang berunding dan pengurusan juga ingin kelab ini terus kompetitif.
"Saya harap tidak perlu ke mana-mana tapi saya tidak dapat mengulasnya lanjut," katanya Nadi Arena.
'GG' turut berharap 'The City Boys' akan hadir dengan skuad yang lebih mantap musim depan, lebih-lebih lagi menerusi kemasukan beberapa muka baru tempatan serta import.
Musim lalu, pemain berusia 31 tahun itu beraksi dalam 30 perlawanan dalam semua kejohanan domestik termasuk Shopee Cup.
"Dari awal musim lalu lagi, saya sudah jelaskan bahawa tumpuan saya terarah kepada kedududukan liga, bukannya trofi.
"Saya mahu berada dalam kedudukan lima terbaik. Kalau bukan kerana pemotongan enam mata, kami mungkin sudah mencapainya musim ini.
"Dalam tempoh enam musim berturut-turut, kami makin menghampiri kelompok tiga teratas dan pengurusan pun bersetuju untuk misi itu," katanya.