Skip to main content

Bola Sepak

Gerrard terlepas urus Villa kerana positif COVID-19

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

steven-gerrard.jpg
Steven Gerrard terlepas mengemudi Aston Villa untuk dua perlawanan (Liga Perdana Inggeris) selepas disahkan positif COVID-19.

Pengurus Villa itu tidak akan berada di bangku simpanan untuk perlawanan di tempat sendiri menentang Chelsea pada awal pagi esok mahupun kunjungan ke Leeds United, Rabu depan. 

Satu kenyataan kelab di Twitter berbunyi: "Aston Villa mengesahkan pengurus, Steven Gerrard, tidak akan terlibat dalam dua perlawanan EPL melibatkan Chelsea dan Leeds United kerana dia akan menjalani kuarantin selepas diuji positif COVID-19."
 



Jadual bola sepak di England terjejas teruk dengan penularan mendadak kes postif. 

Bagaimanapun, pertembungan Villa dengan The Blues merupakan satu daripada enam perlawanan yang masih diteruskan sempena tradisi 'Boxing Day' walaupun pertemuan dengan Burnley sebelum ini ditangguhkan berikutan kadar jangkitan yang tinggi dalam kalangan skuad itu.

Perjalanan mereka ke Elland Road juga terancam memandangkan perlawanan di antara Leeds dan Liverpool telah pun ditunda kerana pandemik itu selain krisis kecederaan yang semakin meningkat.

 

Advertisement

Must Watch Video