LIGA INGGERIS
Gerrard sudah tentu akan kendali Liverpool -- Klopp
Jurgen Klopp pasti bahawa Steven Gerrard akan menjadi pengurus Liverpool.
Gerrard membawa pasukan Aston Villanya ke Anfield malam ini, kembali ke bekas kelabnya buat kali pertama sebagai pengurus atau pemain.
Bekas pemain tengah England itu, yang merupakan llegenda kelab di Liverpool, memenangi Liga Juara-Juara pada 2005 bersama-sama dengan tiga Piala EFL, Piala FA dan Piala UEFA bersama The Reds sepanjang karier cemerlangnya.
Iklan
Dia memulakan karier sebagai jurulatih dalam akademi Liverpool sebelum menyertai Rangers pada 2018. Musim lalu, dia memimpin mereka menjuarai Liga Perdana Scotland buat pertama kali sejak sedekad lalu, menamatkan dominasi Celtic.
Villa mula memanggilkan pada permulaan November selepas melepaskan khidmat Dean Smith dan Gerrard telah menyaksikan tiga kemenangan daripada empat perlawanan pertama dalam saingan lilga, hanya tewas kepada pencabar Liverpool, Manchester City.
Gerrard telah menjadi sasaran jangka masa panjang untuk mengambil alih Liverpool daripada Klopp, yang memiliki kontrak yang bakal berakhir pada penghujung musim 2023-24.
Dan Klopp tidak meragui bahawa pengendali berusia 41 tahun itu akan menguruskan Liverpool, namun percaya waktu yang tepat amat penting sekali.
"Ya, tepat sekali. Tetapi satu-satunya masalah ialah bila masa yang sesuai untuk itu?" kata Klopp.
"Bukan hanya dengan Stevie tetapi lihat seperti Frank [Lampard] di Chelsea, cerita yang samasimilar story. Stevie's doing really well, he's very young from a manager's point of view.
“Jadi, ia adalah bila dia mengambil tugas itu, bukan dia tidak mampu melakukannya, tetapi bila dia mahu melakukannya?
"Adakah ia kerja terakhir, kerja kedua atau ketiga atau bila? Itu adalah soalan yang saya tidak dapat menjawab tetapi ya, saya fikir ia pasti akan berlaku dan ia akan menjadi baik untuk semua orang."
Must-Watch Video