SERIE A
Gattuso sertai Fiorentina selepas dua hari tinggalkan Napoli
Gennaro Gattuso akan memainkan peranan sebagai ketua jurulatih Fiorentina musim depan apabila bersetuju dengan kesepakatan itu, hanya dua hari selepas Napoli mengesahkan pemergiannya.
Tidak lama selepas terikat 1-1 dengan Hellas Barona di Stadio Diego Armando Maradona hujung minggu lalu, yang menyaksikan Napoli menamatkan Serie A musim ini di tangga kelima, presiden skuad Partenopei itu, Aurelio De Laurentiis, mengumumkan mengenai pemergian Gattuso.
Napoli menuju ke perlawanan hujung minggu lalu itu dengan berada di kedudukan keempat tetapi dipintas Juventus, yang menewaskan Bologna 4-1, dalam saingan hari terakhir itu.
Iklan
Kontrak Gattuso bersama Napoli tamat pada penghujung musim 2020-21 dan kegagalannya membawa pasukan itu ke Liga Juara-Juara musim depan menyaksikan lanjutan kontraknya tidak disediakan.
Dia memenangi 46 daripada 81 perlawanan sebagai jurulatih Napoli dengan peratusan kemenangan 56.8 peratus -- lebih baik berbanding Rafael BeniteZ (52.7) dan Carlo Ancelotti (52.1) tetapi tidak mencapai tahap seperti Ottavio Bianchi (56.9) dan Maurizio Sarri (66.2).
Bagaimanapun, bekas pemain tengah Itali itu kini akan sudahpun menandatangani kesepakatan dengan Fiorentina, yang dikatakan telah berminat untuk melamarnya sejak beberapa bulan lalu.Gennaro Gattuso confirmed as Fiorentina head coach ?#ForzaViola ? #Fiorentina#ViolaArt by @PainterBeard ?https://t.co/elO2TvGU4t— ACF Fiorentina English (@ACFFiorentinaEN) May 25, 2021
Pasukan La Viola berkenaan menghadapi kempen sukar sepanjang musim 2020-21.
Giuseppe Iachini memulakan dan menamatkan kempen itu sebagai jurulatih walaupun pernah dipecat pada November lalu sebelum dilantik semula empat bulan kemudian selepas penggantinya, Cesare Prandelli, meletak jawatan secara mengejut.
Iachini kembali mengambil alih pasukan itu sebelum menamatkan musim di tangga ke-13 Serie A.
Oi, we got Gattuso— ACF Fiorentina English (@ACFFiorentinaEN) May 25, 2021
Must-Watch Video