Skip to main content

Bola Sepak

Gandingan Aguero-Jesus buat Guardiola senang hati

26917aguerojesus.jpg
Pep Guardiola percaya penyerang Manchester City, Sergio Aguero, berada pada tahap yang berbeza musim ini dan berpuas hati dengan gandingannya bersama Gabriel Jesus.

Aguero telah meledak tujuh gol dalam tujuh perlawanan musim ini untuk City dan hanya ketingalan satu gol untuk menyamai rekod gol terbanyak sepanjang zaman yang dilakukan oleh Eric Brooke (177 gol) menjelang aksi Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Shakhtar Donetsk.

Tetapi Guardiola kini berasakan lebih lagi daripada penjaring gol itu kerana mampu memberikan kualiti yang berbeza ketika menyerang.

"Saya berpendapat kualiti permainan Aguero berada pada tahap terbaik," kata Guardiola.

"Mungkin kami menurunkannya dengan lebih kerap, permainan Aguero meningkat bukan hanya daripada sudut penyudah," ujarnya.

Jesus turut mempamerkan aksi cemerlang musim ini selepas mencetak lima gol setakat ini, dengan Guardiola amat gembira menyaksikan persembahannya bersama The Citizens.

"Kami memiliki lima penyerang yang mampu mempamerkan persembahan terbaik. Tiada sebarang keraguan terhadap kualitinya, impak yang diberikan sejak tiba bersama pasukan. Saya sangat gembira dengan Jesus.

"Dia membantu Aguero untuk menjaringkan gol, mencipta peluang serta pandai mencari ruang untuk meledakkan gol.

"Perkara yang paling penting adalah umurnya. Dia masih muda dan penyerang nombor 9 dari Brazil. Dia berlatih pada setiap hari dan bersaing dalam setiap perlawanan dan mempamerkan keinginannya untuk menjadi seorang pemain bertaraf dunia."

Advertisement

Must Watch Video