Cody Gakpo percaya dia menjadi pemain yang lebih berbahaya dan berbisa selepas kembali bermain di posisi kegemarannya di sayap kiri, di bawah naungan pengurus Liverpool baru, Arne Slot.

Gakpo mula bermain bersama The Reds pada Januari 2023 seringkali ditugaskan di posisi serangan di bahagian tengah pasukan di bawah penguasaan Jurgen Klopp sepanjang 18 bulan terawal di Anfield.

Pemain kelahiran Belanda itu sudah merekodkan lapan sumbangan gol (enam gol, dua bantuan gol) dalam 17 penampilan dalam semua pertarungan musim ini. Namun, kesemuanya kecuali satu datang dari posisi sayap kiri.

Gakpo pernah berkata kepada syarikat Men in Blazers: "Sebelum saya bersama kelab Liverpool, saya bermain sebagai posisi sayap kiri pasukan, sekarang saya sering galas posisi penyerang tengah Liverpool".



"Dalam saingan EURO, saya sekali lagi bermain posisi sayap kiri. Selepas pengurus baru mengambil alih, dia tegaskan bahawa 'kamu harus fokus kepada posisi sayap kiri pasukan.'

"Ia rasa seperti menjadi diri saya yang sebenar, diri saya seperti ketika bermain bersama PSV dahulu. Saya berasa yakin dengan posisi ini dan tekad pamer prestasi yang terbaik kepada semua."

Liverpool berada dalam kedudukan yang selesa dari awal musim ini menghuni kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara waktu rehat antarabangsa bulan ini.