Skip to main content

Bola Sepak

Gabungan Messi, Suarez selamatkan maruah Barcelona

dembele.jpg
BARCA 3 LEGANES 1

Ousmane Dembele akan menjalani ujian bagi mengenal pasti tahap kecederaan pergelangan kaki kirinya selepas ditimpa kecederaan dalam kemenangan 3-1 Barcelona ke atas Leganes di Nou Camp, awal pagi tadi. 


Dembele beraksi hebat sebelum dikeluarkan pada minit ke-69 ekoran pertembungannya dengan tonggak Leganes, Mikel Vesga, dan Barca mengumumkan di Twitter bahawa pemain itu akan menjalani pemeriksaan kesihatan hari ini. 

Pemain antarabangsa Perancis itu mempamerkan permainan mempesonakan dalam babak pertama dan membuka tirai jaringan perlawanan apabila mengutip hantaran ke belakang Jordi Alba dari jarak 12 ela.

Begitupun, dia dilihat mengalami kecederaan ketika perlawanan berbaki 30 minit -- sejurus Leganes menyamakan kedudukan -- sehingga tidak dapat meneruskan perlawanan untuk digantikan oleh Malcom.

Barca meraih kemenangan menerusi gerakan Lionel Messi untuk bantuan gol kepada Luis Suarez sebelum dia sendiri menyumbangkan gol. 

Rakan sepasukan, Sergio Busquets, sangat kagum dengan aksi Dembele dan berharap kecederaan itu tidak terlalu serius.

Bercakap selepas perlawanan, Busquets memberitahu Movistar: "Dia bermain dengan baik kebelakangan ini. Di sebalik kesangsian dan kontroversi sebelum ini, saya berasakan keyakinannya semakin meningkat.

"Dia seorang pemain yang cemerlang, dia sangat pantas, dia mampu menghura-harakan pasukan lawan dan menjaringkan gol tetapi amat malang dia ditimpa kecederaan. Semoga dia akan pulih secepat mungkin."

Advertisement

Must Watch Video