Pengurus Barcelona, Hansi Flick, memuji keampuhan dan ketangkasan Robert Lewandowski di bahagian serangan Barcelona selepas meledakkan dua gol ketika menghukum Dortmund minggu lalu.
Dua gol itu membantu pasukan untuk membawa bekalan selesa sebanyak empat gol apabila beraksi dalam suku akhir kedua Liga Juara-Juara (UCL) di Signal Iduna Park, awal pagi esok.
Pengurus kelahiran Jerman itu turut membandingkan fizikal Lewandowski dengan Cristiano Ronaldo serta menyifatkan bahawa dia adalah seorang yang amat fokus ketika beraksi dan wajar dijadikan contoh kepada semua pemain bola sepak.
"Dia menunjukkan sifat profesionalnya setiap hari dan memberi tumpuan kepada prestasinya.
"Saya rasa dia adalah contoh yang bagus untuk semua pemain bola sepak," kata Hansi Flick
Dalam pada itu, pasukan tuan rumah, Dortmund memerlukan sentuhan magis untuk bangkit menentang Barcelona di laman mereka sendiri selepas gagal menjaringkan sebarang gol dalam aksi pertama di Stadium Olimpik Lluis Companys.
Anda boleh tonton perlawanan ini secara langsung di Astro saluran 820 pada 2.55 pagi.