Sudah jatuh ditimpa tangga.
Persiapan Sri Pahang semakin terjejas apabila kehilangan seorang lagi tonggak penting menjelang dua hari lagi sebelum sepak mula perlawanan akhir Unifi Piala Malaysia bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Umum diketahui bahawa Tok Gajah sudah kehilangan penyerang import, Kpah Sherman dan bintang sensasi, Manuel Hidalgo, akibat penggantungan kad merah dalam aksi separuh akhir, sebelum ini.
Ini meletakkan skuad kendalian Fandi Ahmad serba kekurangan berdepan Harimau Selatan, namun sudah pasti ada perancangan sampingan oleh Fandi.
Difahamkan, pemain warisan Harimau Malaya, David Rowley, turut diketepikan selepas mengalami kecederaan lutut ketika sesi latihan, baru-baru ini.
Menurut wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, Rowley bagaimanapun tetap menyertai kunjungan Sri Pahang ke Bukit Jalil, Sabtu ini.

? Tonggak tengah versatile Sri Pahang, David Rowley dijangka terlepas aksi final Piala Malaysia bertemu JDT pada Sabtu selepas alami kecederaan di bahagian lutut ketika sesi latihan baru-baru ini.
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) April 24, 2025
Rowley bagaimanapun turut menyertai kunjungan Tok Gajah ke SNBJ.@ASTROARENA pic.twitter.com/LBhw3CE3ef