Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, mengumumkan cuti peristiwa bagi seluruh negeri itu bersempena kejayaan Johor Darul Ta'zim (JDT) ke final Piala Malaysia.
Harimau Selatan akan bertemu Sri Pahang di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi gelaran penutup musim itu malam esok.
Onn Hafiz, dalam satu kenyataan di laman sosialnya berkata: "Syukur Alhamdulillah. Tahniah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kerana berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2024-25 menentang Sri Pahang pada Sabtu ini, 26 April 2025.
"Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, dengan ini Kerajaan Negeri Johor memutuskan untuk mengisytiharkan hari Isnin, 28 April 2025, sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh rakyat Johor sebagai tanda sokongan padu dan penghargaan terhadap pencapaian cemerlang pasukan JDT."
Anda juga boleh tonton secara live streaming di Astro GO dan Sooka.

Siaran langsung & live streaming JDT lawan Sri Pahang
Saksikan pertembungan penutup musim ini secara langsung di Astro Arena saluran 801 dan Astro Arena Bola saluran 803 bermula dengan rancangan khas pada jam 7.00 petang, malam esok.Anda juga boleh tonton secara live streaming di Astro GO dan Sooka.