Skip to main content

Bola Sepak

Final Unifi Piala Malaysia: Ini perlawanan 11 v 11, aksi seimbang -- Hector Bidoglio

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hector-bidoglio.jpg
Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Hector Bidoglio, menepis sebarang tanggapan pasukannya memiliki kelebihan menjelang aksi final Piala Malaysia bertemu Sri Pahang di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

JDT mendominasi saingan pentas Liga Malaysia dengan cukup cemerlang, menjuarai gelaran demi gelaran tanpa disangkal. 

Selepas menjuarai Piala FA dan Liga Super bagi musim ini, mereka kembali ke aksi final untuk memastikan kejuaraan Piala Malaysia dalam genggaman mereka.

Bertemu Sri Pahang, ramai melihat aksi ini sudah ada pemenangnya, dengan JDT dilihat sebagai pilihan untuk melengkapkan treble bagi musim 2024-2025.

Dalam sidang media, Bidoglio berkata, "Kami perlu fokus kepada permainan JDT. Kami tidak memikirkan tentang lawan, saya mengetahui Sri Pahang memiliki pasukan yang berkualiti.

"Ini perlawanan penting bagi kami, JDT telah melewati musim yang panjang dan membuat persiapan sepanjang musim dan perlawanan terakhir buat kelab dan mahu menamatkan dengan sebaik mungkin. 

"JDT adalah kelab yang besar, kami meningkat naik setiap musim dan bertanggungjawab untuk menampilkan permainan ke tahap lebih tinggi setiap musim. Saya sangat gembira mengikut idea, falsafah, visi Tunku Mahkota Ismail.

"Esok adalah aksi final, aksi final sentiasa menghadirkan saat sukar. 

"Saya tidak suka bercakap tentang lawan, bercakap tentang pemain lawan. Kami menganalisa kemampuan pasukan lawan namun fokus utama adalah persembahan JDT.

"Saya tidak gemar untuk berimaginasi, ini adalah perlawanan 11 v 11. Ia akan menjadi perlawanan yang seimbang."
   

Advertisement

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video