Skip to main content

Bola Sepak

Final Unifi Piala Malaysia: Ia bermula dengan kepercayaan, ia berakhir di Bukit Jalil -- Sri Pahang seru pemain ke-12 ke SNBJ

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sri-pahang.jpg
Sri Pahang dalam satu kiriman video malam tadi menyeru segenap penyokongnya untuk memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjelang pertembungan Final Unifi Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) malam esok.

"Ia bermula dengan kepercayaan, ia berakhir di Bukit Jalil. Satu perlawanan terakhir, satu misi terakhir -- ayuh tutup kisah ini dengan kemenangan," tulis kelab itu.

Dalam video berkenaan, kapten Sri Pahang, Kpah Sherman, menyeru penyokong Tok Gajah untuk hadir beramai-ramai ke SNBJ demi pasukan kesayangan mereka itu biarpun dia tidak dapat beraksi gara-gara penggantungan perlawanan.

Video:

Siaran langsung & live streaming JDT lawan Sri Pahang

Saksikan pertembungan penutup musim ini secara langsung di Astro Arena saluran 801 dan Astro Arena Bola saluran 803 bermula dengan rancangan khas pada jam 7.00 petang, malam esok.

Anda juga boleh tonton secara live streaming di Astro GO dan Sooka.

 

Advertisement

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video