Johor Darul Ta'zim (JDT) akan bertemu Sri Pahang bagi aksi final Unifi Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam esok.
Seandainya menang, Harimau Selatan akan sekali lagi menyapu bersih kesemua gelaran domestik utama musim ini.
Menjelang perlawanan penutup musim itu, laman sosial JDT berkongsi fakta menarik mengenai penampilan dua pemainnya di pentas berkenaan.
Menurut JDT, Afiq Fazail merupakan pemain mereka yang paling banyak beraksi di pentas berkenaan, iaitu sebanyak lima kali pada 2017, 2019, 2021, 2022 dan 2023. Jika dia diturunkan malam esok, ia akan menjadi penampilan final keenam buat permain tengah berkenan.
Sementara itu, pemain veteran, Safiq Rahim, merupakan pemain JDT yang paling banyak penampilan dalam Piala Malaysia, iaitu dengan 53 penampilan setakat ini.
Anda juga boleh tonton secara live streaming di Astro GO dan Sooka.
Seandainya menang, Harimau Selatan akan sekali lagi menyapu bersih kesemua gelaran domestik utama musim ini.
Menjelang perlawanan penutup musim itu, laman sosial JDT berkongsi fakta menarik mengenai penampilan dua pemainnya di pentas berkenaan.
Menurut JDT, Afiq Fazail merupakan pemain mereka yang paling banyak beraksi di pentas berkenaan, iaitu sebanyak lima kali pada 2017, 2019, 2021, 2022 dan 2023. Jika dia diturunkan malam esok, ia akan menjadi penampilan final keenam buat permain tengah berkenan.
Sementara itu, pemain veteran, Safiq Rahim, merupakan pemain JDT yang paling banyak penampilan dalam Piala Malaysia, iaitu dengan 53 penampilan setakat ini.
Siaran langsung & live streaming JDT lawan Sri Pahang
Saksikan pertembungan penutup musim ini secara langsung di Astro Arena saluran 801 dan Astro Arena Bola saluran 803 bermula dengan rancangan khas pada jam 7.00 petang, malam esok.Anda juga boleh tonton secara live streaming di Astro GO dan Sooka.