Sri Pahang terpaksa menelan perit apabila menghadapi juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), tanpa kelibat penyerang sensasi, Kpah Sherman, di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), 26 April ini.
Pemain import Tok Gajah itu disahkan terlepas beraksi dalam perlawanan akhir Unifi Piala Malaysia susulan menerima dua kad kuning dan harus menjalani penggantungan.
Meskipun menghantar permohonan, rayuan kelab ditolak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sekali gus merencatkan persiapan anak buah Fandi Ahmad untuk melakar kejutan ke atas juara Piala FA 2024 itu.
"Agak mendukacitakan daripada segi penerimaan berita pemain tersebut tidak dapat bersama Sri Pahang.
"Tapi kami akur dengan keputusan FAM," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Mohammed Suffian Awang.

?️ 'Agak mendukacitakan dari segi penerimaan berita bahawa Kpah Sherman tidak dapat bersama dalam kesebelasan utama di pentas final nanti. Tapi kita akur dengan keputusan FAM...' - Datuk Mohammed Suffian Awang, CEO Sri Pahang
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) April 7, 2025
More on Nadi Arena 7.30 malam ini.@ASTROARENA pic.twitter.com/acE8R9221f