Skip to main content

Bola Sepak

Final Unifi Piala Malaysia: BOS tiba awal di ibu kota

bos.jpg
Bahang kehangatan pentas final Piala Malaysia 2024/2025 kian dirasai, berbaki lebih kurang 24 jam sahaja lagi sebelum sepak mula, penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT), Boys of Straits sudah pun tiba di ibu kota hari ini.

Jelas Capo Boys of Straits, Awit, pihaknya tiba sehari lebih awal ke Bukit Jalil adalah demi memastikan segala persiapan yang telah disusun atur berjalan lancar pada hari perlawanan.

Antara yang menanti penyokong pada Sabtu ialah, tifo istimewa serta chant terbaru bersempena dengan final Piala Malaysia yang bakal memasuki edisi ke-98 tahun ini.

Dia turut percaya, skuad kendalian Hector Bidoglio, mampu muncul juara Piala Malaysia sekaligus mencatatkan gelaran hatrik sejak edisi 2022.

Advertisement

Must Watch Video