Kehangatan final Unifi Piala Malaysia di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam ini kian hangat dirasai.
Barisan peniaga juga tidak ketinggalan untuk melariskan jualan mereka dan antara yang mencuri tumpuan ialah seorang peniaga buah dari Ampang, Muhammad Faizal.
Dalam tinjauan Nadi Terkini bersama wakil Astro Arena, Fariha Razak, di venue itu pagi tadi, peniaga berkenaan kelihatan cukup bersemangat, bahkan dia mendedahkan sehingga tidak dapat tidur malam.
"Kalau ikutkan, ini final keempat buat saya (berniaga). Saya malam tadi boleh katakan tidur pun tidak cukup. Saya tidak sabar untuk berniaga.
"Saya memang seronok sangat. Memang padu lah bila final macam ini.
"Saya memang seorang peniaga yang paling bersemangat untuk final ini.
"Saya sehingga tidak tidur memikirkan buah apa yang mahu dibawa ke sini. Serius!
"Datanglah beramai ke Buah Potong Antarabangsa! Padu!"