Skip to main content

Bola Sepak

Final Piala Malaysia: Sri Pahang mampu kecewakan JDT -- Azidan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

final-piala-malaysia.jpg
Meskipun Sri Pahang tempang tanpa tonggak utama antaranya Kpah Sherman dan Manuel Hidalgo, namun, skuad kendalian Fandi Ahmad itu mempunyai peluang realistik untuk mengecewakan Johor Darul Ta'zim (JDT) di pentas final Piala Malaysia Sabtu ini.

Laungan optimis itu disuarakan bekas tonggak tengah Tok Gajah, Azidan Sarudin yang percaya -- magis edisi 2021 -- Kuala Lumpur City mengecewakan JDT mampu diulangi Sri Pahang edisi kali ini.

Azidan yang menjadi sebahagian watak penting pahang muncul juara Piala Malaysia 2014 berasakan ketiadaan dua pemain bintang berpengaruh Sri Pahang mampu membuatkan pemain beraksi sebagai satu pasukan berbanding mengharap kualiti penyudah individu.

Malah, Azidan berasakan peluang keemasan pemain tempatan yang bakal diberikan tanggungjawab besar membarisi kesebelasan utama wajar diberikan tumpuan.
 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

warning-logo Tiada jadual tersedia pada masa kini

Must Watch Video