PIALA MALAYSIA
Final Piala Malaysia: 'Sejarah pernah tunjuk ada pasukan lain boleh tandingi JDT'
Berbaki 20 hari sebelum final Piala Malaysia 2024/25, Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang, Datuk Mohammed Sufian Awang, menyeru penyokong setia Tok Gajah untuk mendapatkan segera tiket final yang masih lagi berbaki ketika ini.
Dia menjelaskan sejak mula dijual secara dalam talian pada 19 Mac lalu, sebanyak 35% peratus sudah pun terjual daripada 33,000 keping tiket yang diperuntukkan kepada Sri Pahang.
Sufian turut percaya rakyat Pahang pasti enggan melepaskan peluang menjadi pemain ke-12 skuad kendalian Fandi Ahmad terutamanya selepas berjaya menamatkan kemarau 11 tahun untuk mara ke final Piala Malaysia.
Iklan
"Sememangnya penjualan tiket ketika ini Nampak perlahan sedikit, daripada 33,000 tiket, hanya 35% terjual. Inilah masanya setelahj 11 tahun menunggu.
"Saya menyeru semua penyokong Hogoh Pahang Hogoh, datang dan beli tiket secepat mungkin sebelum habis untuk berikan sokongan padu di SNBJ sebelum habis," tambahnya.
Malah, dia turut mengesahkan pihak pengurusan telah melunaskan tunggakan gaji selama 5 bulan kepada skuad utama Sri Pahang sekali gus membuktikan komitmen kelab untuk kekal bersaing dalam kancah liga Malaysia musim depan.
"Pihak pengurusan menjunjung kasih kepada YAM Tunku Muda, Tunku Abdul Rahman yang melunaskan gaji, dan motivasi pemain di tahap tertinggi dan akan jelmakan semangat untuk pemain hadiahkan permainan terbaik dan tidak mustahil raih kemenangan.
"Segala kemungkinan boleh berlaku, sejarah pernah menunjukkan bahawa ada pasukan lain yang boleh menandingi JDT." katanya.
Dapatkan tiket anda di sini!
Must-Watch Video