PIALA MALAYSIA
Final Piala Malaysia: Kalau ada rezeki, Sri Pahang akan datang lagi -- Ibrahim Manusi
Bakat muda Sri Pahang, Ibrahim Manusi, teruja membawa Tok Gajah kembali ke final Piala Malaysia selepas kali terakhir dapat melakukannya pada 2014, iaitu 11 tahun lalu.
Bagaimanapun, pemain tengah berusia 23 tahun itu akur rezeki tidak memihak pasukannya apabila tewas tipis 1-2 dalam final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
"Saya amat teruja dapat bawa pahang ke final selepas 11 tahun cuma malam ini rezeki tidak memihak kami," katanya selepas perlawanan itu.
Iklan
"Kita tahu JDT pasukan yang baik, memiliki kombinasi yang baik di bahagian tengah.
"Cuma jurulatih Fandi (Ahmad) pesan, jangan masuk habis, pergi dan kawal semula.
"Alhamdulillah, kami tidak bolos banyak malam ini cuma kad merah dalam separuh masa pertama amat merencatkan taktikal kami.
"Kalau ada rezeki Allah bagi, saya memang mahukan suasana seperti ini sekali lagi.
"Bukan mudah untuk masuk final, kita tahu banyak pasukan dalam Malaysia ini bagus-bagus.
"Insya-Allah, kalau ada rezeki, Pahang akan datang lagi dan buat yang terbaik lagi," katanya.
Must-Watch Video