Skip to main content

Bola Sepak

Final Piala Malaysia: Itu bukan hal saya, semua orang nampak, anda semua pasti lebih tahu -- Fandi Ahmad

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fandi-ahmad_1.jpg
Ketua jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad, dilaporkan terkejut sebaik mengetahui pengadil yang ada rekod direhatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Razlan Jofri Ali, ditugaskan mengadili aksi final Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) malam tadi.

Dalam perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) itu, Sri Pahang tewas tipis 1-2 kepada juara bertahan berkenaan biarpun mendahului hasil jaringan T. Saravanan seawal minit ke-14.

Kontroversi timbul apabila Razlan melayangkan kad kuning kedua buat tonggak Tok Gajah, Sergio Aguero, pada minit ke-34.

"Ia bukan dalam pertimbangan saya kerana siapa sahaja yang meletakkannya di sana, mereka pasti lebih tahu," katanya dalam sidang media seperti yang dilaporkan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Saya hanya seorang jurulatih di sini. Sebenarnya, ia bukan hal saya untuk memberikan komen tentang pengadil.

"Saya hanya kecewa kehilangan seorang pemain dalam permainan yang menjejaskan prestasi pasukan kami.

"Semua orang boleh nampak, jadi anda boleh tanyakan soalan ini tetapi saya rasa anda semua pasti lebih tahu," katanya.
 

 

Advertisement

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video