EPL

Final Piala EFL: Newcastle United lebih matang hadapi aksi getir

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
15/03/2025
01:56 MYT
Sponsor Banner
Final Piala EFL: Newcastle United lebih matang hadapi aksi getir
Eddie Howe percaya mood di kem Newcastle United menjelang final Piala Liga Inggeris (EFL) menentang Liverpool awal pagi Isnin ini terasa berbeza berbanding kekalahan terakhir mereka pada 2023.
Newcastle memburu trofi domestik utama pertama mereka sejak 1955 yang menyaksikan mereka menewaskan Manchester City 3-1 dalam Piala FA.
Sejak itu, Magpies telah dikecewakan dalam lima perlawanan akhir piala domestik (tiga dalam Piala EFL dan dua dalam Piala FA).
Howe sebelum ini membimbing Newcastle ke final pertandingan itu pada 2023 tetapi mereka tumbang 0-2 kepada Manchester United melalui penyudah Casemiro dan Marcus Rashford.
Begitupun, dia percaya mereka menghampiri perlawanan ini dengan lebih yakin setelah menyingkirkan empat kelab Liga Perdana Inggeris iaitu Nottingham Forest, Chelsea, Brentford dan Arsenal.
"Saya berasa sangat bagus. Saya rasa ia memang rasa berbeza," kata pengurus itu kepada pemberita sambil merenung perlawanan akhir 2023.
"Saya rasa keseluruhan musim ini terasa berbeza, dalam erti kata yang saya fikir kami telah menjalankan tugas kami dengan cara yang benar-benar tenang dan terkawal.
"Kami mengharungi perlawanan yang sangat sukar dalam perebutan piala. Saya fikir untuk menghadapi perlawanan itu dengan cara yang kami lakukan dan di tengah-tengah kesibukan kempen Liga Perdana Inggeris, Piala FA; iaitu menghadapi satu persatu perlawanan. Perjuangan kami akan berakhir dalam final.
"Kami tidak lagi terbawa-bawa, tidak lagi terasa bingit.
"Mudah-mudahan, itu membantu kami dengan prestasi kami dalam permainan."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video