LIGA SUPER MSIA
Final MFL Challenge Cup: Peluang Selangor lengkapkan koleksi trofi tempatan
Ketua jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi, mengakui tiada jalan mudah untuk bergelar sang juara sambil tidak meremehkan cabaran dalam final MFL Challenge Cup berdepan juara bertahan, PDRM, malam esok.
Stadium MBPJ akan menjadi venue pertama terhadap hasrat tersebut tetapi pengendali dari Jepun itu menuntut usaha tahap tertinggi daripada anak buahnya bagi merealisasikan harat berkenaan.
"Kami cuma perlu berjuang dan keputusan akan datang.
Iklan
"Saya tidak mahu mencipta sebarang alasan dalam usaha menjuarai piala ini.
"Dalam apa jua saingan sekalipun, memenangi kejuaraan adalah sukar walaupun tidak mempunyai banyak perlawanan getir.
"Usah label bahawa kami ada kelebihan, kami tidak kalah dalam 10 perlawanan berturut-turut.
"Kami cuma perlu fokus terhadap mutu permainan, baik di Stadium MBPJ mahupun di mana-mana sahaja," katanya dalam sidang akhbar praperlawanan sebentar tadi.
Dalam masa sama, ketua pasukan Gergasi Merah, Safuwan Baharuddin, mahu membalas budi penyokong berikutan terlepas mendakap Piala FA 2025.
"Perlawanan akan diadakan secara timbal balik jadi setiap perlawanan adalah berbeza. Apa yang bagusnya kami boleh bermula garang pada malam esok.
"Final Piala Malaysia sentiasa menjadi keutamaan tetapi takdir membawa kami ke sini.
Final Challenge Cup. PDRM mahu pertahan kejuaraan, Selangor misi cipta sejarah pasukan pertama menang semua piala Liga Malaysia. 🏆🔥@ASTROARENA pic.twitter.com/a8rfhxd0mE— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) February 14, 2025
"Kami tidak pernah memenangi kejuaraan ini dan kami perlu manfaatkannya. Sama ada menang atau kalah, orang akan sentiasa memperkatakannya.
"PDRM sebuah pasukan pengacau," katanya pula.
Dalam enam perlawanan terakhir, Selangor hanya bolos sekali tetapi kali ini perlu merencana percaturan merantai dua bekas penyerang, Shahrel Fikri Fauzi dan Ofedayo Olesegun.
"Adalah sesuatu yang bagus kurang dibolosi, lebih-lebih buat saya sebagai pertahanan dan ia memberi suntikan keyakinan buat kami.
"Shahrel Fikri dan Ifedayo merupakan penyerang prolifik tapi kami perlu memanfaatkan peluang terhidang. Kami mencipta deretan peluang namun kami tidak menemui sentuhan penyudah.
"Perlawanan melibatkan piala sentiasa menjadi tumpuan," kata tonggak import itu lagi.
Must-Watch Video