Skip to main content

Bola Sepak

FIFA perlu terus iktiraf status warganegara pemain selepas diluluskan -- Annuar Musa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

annuar.jpg
Bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa, memohon pihak FAM pertimbang membawa usul pengurangan syarat tempoh bermastautin untuk pemain naturalisasi yang jelas tidak memihak kepada mana-mana negara yang tidak mengamalkan 'dual citizen' seperti Malaysia.

Pengaruh Presiden Kehormat FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin sebagai ahli majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA),  adalah individu yang bertanggungjawab membawa usul itu dengan menjadikan isu pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan sebagai kes kajian.

Situasi itu jelas meletakkan Malaysia dalam keadaan tersepit ketika usaha untuk merevolusikan pasukan kebangsaan terbantut ekoran syarat perlembagaan Malaysia yang tidak seiring dengan syarat badan dunia FIFA.

Jika syarat naturalisasi boleh dikurangkan, setiap negara yang mengamalkan 'sole-citizen' mungkin tidak berhadapan dengan sebarang isu jalan pintas ketika mereka melihat skuad kebangsaan perlu pecutan drastik dengan mengimport mana mana pemain dari luar.

Syarat lima tahun bermastautin dilihat terlalu lama, dan ia tidak memberikan apa apa kelebihan buat pemain yang kebiasaannya mencapai prestasi matang sekitar 25-28 tahun dan perlu menunggu samada negara kelahiran asal mahu menggunakan mereka sebagai pemain kebangsaan atau sebaliknya.

Bagi isu yang sedang rancak dibincangkan ketika ini, Annuar melihat percanggan syarat perlbagaan Malaysia dan syarat ketetapan status pemain oleh FIFA meletakkan Malaysia dalam situasi sulit.
 
FIFA

Untuk Peminat FIFA

Rasai sendiri kehangatan FIFA di rumah dengan FIFA PlayStation game.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video