Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hanya memberikan kebenaran untuk Kelantan Red Warrior (KRW) menjalani aktiviti bola sepak tetapi tidak menyatakan dengan jelas sama ada pasukan itu bebas daripada sekatan pendaftaran pemain atau sebaliknya," kata Pengerusi Liga Bolasepak Amatur (AFL), Datuk Wira Yusoff Mahadi.
Menurut wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menghantar surat kepada FIFA berkenaan status KRW menjelang keputusan yang akan diumumkan pada 14 Ogos ini.
"FAM menerusi bahagian perundangan kami telah menghantar surat kepada FIFA untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat sama ada pasukan ini masih dikenakan sekatan perpindahan atau tidak," kata Yusoff.
"Kita sedia maklum bahawa 14 Ogos nanti akan menjadi tarikh FIFA menjawab status pasukan ini.
"Buat masa ini, kalau dilihat daripada surat berkenaan, saya menganggap ada sinar lah untuk KRW bermain.
"Tetapi pada akhirnya, surat ini tidak menjawab secara tepat sama ada pasukan ini dikenakan sekatan perpindahan atau tidak.
"Jadi, kami harap kita akan mendapat jawapan yang tepat daripada FIFA, sama ada mereka pasukan yang sama dikenakan sekatan oleh FIFA sebelum ini atau sememangnya satu entiti lain.
"Kalau perkara ini dapat diperjelaskan sebelum 14 Ogos nanti, saya fikir mereka tiada masalah untuk mendaftarkan pemain," katanya.
Terdahulu, KRW difahamkan boleh beraksi dalam saingan Liga A1 Semi-Pro musim ini selepas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) mereka, Wan Mohd Fajarulekram Wan Mokhtar, berkongsi bahawa kelab itu telah dibebaskan daripada sekatan pendaftaran pemain oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Sebelum ini, FIFA diberitakan melarang KRW daripada menandatangani sebarang pemain sehingga 14 Ogos depan, difahamkan kerana memiliki identiti yang sama dengan Kelantan FC.
Sebagai rekod, Kelantan FC digantung pendaftaran oleh FIFA sejak 2023 berikutan masalah pembayaran gaji pemain.

FIFA hanya beri kebenaran KRW jalani aktiviti bola sepak tetapi tidak menyatakan dengan jelas samada KRW bebas dari sekatan pendaftaran pemain atau sebaliknya
— FinaNasrom (@fnasrom) August 6, 2025
FAM hantar surat kepada FIFA merujuk status KRW semada tgu keputusan 14 Ogos atau sebaliknya pic.twitter.com/99j3TVV3RM